Istimewa buat bulan Ramadan ini, Ruyi and Lyn membawakan set hidangan ala Asian Fusion serendah RM50 ++ seorang.
Set hidangan berbuka puasa dari Ruyi and Lyn ini sudah mula ditawarkan dari awal bulan Ramadan sehingga 30 Jun nanti. Terbahagi kepada dua set menu iaitu Family Set Menu berharga RM198++ sesuai untuk empat orang dan Celebration Set Menu pula pada harga RM328++ untuk enam orang.
Tidak seperti restoran lain yang biasanya menghidangkan hidangan bufet, Ruyi and Lyn tampil kelainan dengan hidangan berbuka secara berhidang. Dengan empat menu utama serta dua pemanis mulut dan minuman, ternyata yang ia sudah cukup menyelerakan.
Hidangan berbuka puasa di restoran yang terletaknya di Bangsar Shopping Centre ini dihasilkan oleh Chef Eksekutif James Ho yang pulang ke Malaysia dengan berbekalkan kreativiti serta ilmu masakan yang terkumpul demi membawa inovasi dalam industri makanan di Malaysia dengan idea Pan Asian.
Bukan itu sahaja, malah pelanggan juga boleh menambah hidangan makanan dengan menu baru dari Ruyi and Lyn. Antara menu baru yang patut anda cuba kala ke sini adalah Morning Glory Tempura (RM28) dan Amaebi Cold Noodles (RM53).
Buat peminat sushi, jangan lepaskan peluang untuk cuba Ruyi’s Sushi yang bercitarasakan masakan autentik melayu iaitu sushi Hainanese Chicken Rice, sushi Nasi Lemak dan sushi Pulut Mangga.
EH! kongsikan gambar juadah Family Set Menu istimewa bulan ramadan dari Ruyi and Lyn untuk tambah keterujaan anda.