DÔME memperkenalkan seleksi gelato Itali yang dibuat segar dalam 18 perisa eksotik seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, Wild Berry Yoghurt dan banyak lagi.
Dalam cuaca yang panas hari ini, ais krim adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan kesegaran. Tetapi, jika anda gusar ia akan meningkatkan berat badan, gelato Itali bisa menjadi pilihan yang lebih bagus. Dan kini, DÔME memperkenalkan seleksi gelato Itali yang dibuat segar dalam 18 perisa eksotik yang cukup menyelerakan.
Berbeza dengan ais krim tradisional, gelato menggunakan lebih banyak kandungan tenusu berbanding krim. Ianya lebih ringan, rundah lemak, dan menggunakan perisa natural sebagai pemanis mulut yang menyegarkan. Seperti stor sia krim popular lain, pengunjung akan dihidangkan dengan 18 perisa eksotik yang pasti memenuhi citarasa semua.
Dari perisa tradisi kegemaran ramai seperti vanila, coklat dan oreo kepada buah-buahan yang berwarna-warni, DÔME menampilkan pelbagai perisa untuk semua pengunjung. Antara perisa yang boleh didapati di sini seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, dan juga Wild Berry Yoghurt.Setiap perisa dibuat dengan menggunakan resipi tradisional Itali dengan bahan-bahan segar dan semulajadi. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk menikmatinya dalam bekas atau kon yang rangup, di kafe DÔME ataupun di bawa pulang ke rumah.
DÔME Gelato Al Naturale kini boleh dinikmati di DÔME Bangsar Shopping Centre dan Suria KLCC. Pengunjung mempunyai pilihan hidangan satu skup (RM10), dua skup (RM18) serta satu Pint (RM38). Setiap harga termasuk 6% SST dan akan dikenakan 10% ke atas caj servis pada setiap pembelian.
Foto: DÔME Malaysia
Baca lebih lanjut: Dari Thailand Terus Ke Pavilion Bukit Jalil