Teks : Azliany Mohamad
Bukan hanya sedap diminum, nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan!
Air kelapa bukan hanya segar diminum ketika cuaca panas, manfaat yang dimiliki air kelapa juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan. Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah.
Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai tahu kebaikannya pada wajah.
EH! kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam merawat kulit wajah!