Ingin melihat Singapura selain daripada perspektif seorang pelancong biasa? Kami senaraikan lokasi hip dan trendy khas buat tatapan anda.
Melihat pemandangan bangunan konkrit membangun di sekeliling Kota Singa ini, kata-kata tidak cukup menggambarkan keindahannya. EH! bawakan panduan khas buat anda ke beberapa lokasi kegemaran kami di Singapura.
PENGINAPAN EKSENTRIK
Lokasi seperti Little India menempatkan hotel butik Wanderlust yang terletak hanya 10 minit daripada kawasan kosmopolitan Orchard Road dan Central Business District. Keistimewaan hotel ini ialah rekaan dalaman setiap bilik berbeza menempatkan empat tema iaitu ‘Industrial Glam’ by Asylum, ‘Eccentricity’ by phunk Studio, ‘Is It Just Black and White?’ by DP Architects dan ‘Creature Comforts’ fFurious. Bagi mereka yang lebih gemarkan lokasi terkemuka dengan penginapan di bangunan selepas perang kolonial, anda boleh menginap di Naumi Liora Hotel di Chinatown. Kekal dengan semangat 1920-an, bangunan gaya peranakan ini masih mengekalkan rekaan lantai gayu dan tingkap ala Perancis.
SECANGKIR KOPI
Bagi penggemar tegar kopi, perjalanan anda ke Singapura tidak lengkap tanpa secangkir kopi yang lazat. Di Necessary Provisions, minum secawan kopi espresso beserta sarapan lazat seperti Banana Nutella Panini sebelum memulakan pengembaraan. Melangkah ke kafe Chye Seng Huat Hardware pula ibaratkan pengalaman baru kerana daripada luar, ia kelihatan seperti kedai perkakasan terbiar. Namun di dalamnya terletak kafe kopi, The Roastery, C-Platform (coffee school) dan ruang mencuba kopi tertutup.
PENCINTA BUKU
BooksActually di Yong Siak Street, Tiong Bahru, iaitu kedai buku independen pertama di Singapura yang menampilkan koleksi karya fiksyen dan sastera termasuk sajak, esei dan jurnal sastera. Malah mereka juga menjual pelbagai koleksi karya yang ditulis oleh penulis independen.
MUZIUM DAN SENI
Mulakan destinasi anda ke MINT (Moment of Imagination and Nostalgia with Toys) Museum of Toys iaitu muzium pertama yang dibina khas buat permainan. Koleksinya termasuk permainan vintaj yang jarang ditemui serta permainan one-of-a-kind.
KEMERIAHAN FESTIVAL
Singapura seringkali bertindak sebagai penganjur festival-festival muzik dan seni yang menarik perhatian pencinta seni dan muzik seluruh dunia. Tahun 2015 telah menyaksikan St. Jerome’s Laneway Festival yang diadakan di The Meadow, Gardens by The Bay yang mempersembahkan hiburan daripada artis-artis kegemaran tempatan dan antarabangsa.
Untuk informasi lanjut, sila layari www.yoursingapore.com |