Kala berpuasa pastinya badan perlukan lebih tenaga untuk bertahan sepanjang hari tanpa makan dan minum. Ianya juga baik untuk tubuh agar tidak mudah diserang gastrik atau pun kembung perut.

Bukan terletak kepada berapa banyak kita makan, namun hanya bergantung pada jenis makanan yang kita ambil. Jom ketahui jenis makanan yang mampu menjana tenaga tubuh sepanjang bulan yang mulia ini.