Oat
Secara amnya kita tahu bahawa oat adalah sarapan yang berkhasiat di waktu pagi. Ianya kerana oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Amalkan mengambil oat bersama susu segar serta tambahkan kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur.