Setiap bakal pengantin pastinya mahukan hari bahagia tersebut berlangsung dengan penuh indah seakan fairytale, tidak terkecuali buat Priyanka Chopra yang memilih lokasi Taj Umaid Bhawan Palace untuk meraikan perkahwinannya dengan Nick Jonas.
Ingin tahu apa yang menarik tentang kecantikan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi? Sign up for our newsletter.
Setiap bakal pengantin pastinya mahukan hari bahagia tersebut berlangsung dengan penuh indah seakan fairytale, tidak terkecuali buat Priyanka Chopra yang memilih lokasi Taj Umaid Bhawan Palace untuk meraikan perkahwinannya dengan Nick Jonas.
Terletak di point tertinggi Jodhpur, India, pasangan popular Priyanka dan Nick bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam beberapa buah majlis perkahwinan yang pasti akan menjadi ‘wedding of the year‘.
Sudah pastinya istana hotel tersebut merupakan sebuah penginapan yang cukup mewah kerana ia sebelum ini merupakan kediaman buat bekas keluarga Diraja Jodhpur dan ia dibina dengan tidak kurang daripada 347 buah kamar tidur.
Ia juga dilengkapi dengan sebuah muzium, banquet hall, perpustakaan, ballroom, spa, kolam renang, empat gelanggang tenis, dua gelanggang squash dan berdozen-dozen suite berkonsep Art Deco-style.
Bukan itu sahaja, malah ia juga mempunyai 26 ekar tanah untuk diterokai, yang mana termasuklah taman buat burung merak dan 15 ekar tanah taman. Erti kata lain, ia sudah pastinya mempunyai kamar yang cukup buat reunion Jonas Brothers.
Input your search keywords and press Enter.