Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Grand Hyatt Kuala Lumpur bergandingan bersama ikon anak patung terkemuka dunia, Barbie™️, memperkenalkan konsep penginapan dan dine-in yang mengundang pengalaman penggembaraan seumur hidup melalui Barbie™️ Ultimate Staycation!
Selama lebih enam dekad, Barbie sering mengingatkan kita tentang potensi mereka menjadi versi yang dingini dan tidak meletak had dalam kehidupan. Grand Hyatt Kuala Lumpur bergabung tenaga bersama ikon global Barbie memandangkan kepercayaan mereka sejajar dengan kepercayaan di Hyatt. Kata livier Lenoir selaku Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur, “Tetamu kami sentiasa mencari sesuatu yang baru, dan kami bernasib baik kerana mendapat keistimewaan ini maka dapat berkongsi sesuatu yang lebih daripada sekadar perkataan.” Barbie™️ Ultimate Staycation bakal memberi inspirasi kepada tetamu merentas semua peringkat umur dan menaikkan semangat seisi keluarga.
Setiap unit dilengkapi dekorasi Barbie berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap sudut bermandikan palet merah jambu ikonik bagi meraikan kerjaya Barbie™️ nan unik mewakili tema berbeza yakni Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA. Keseluruhan 14 tingkat bilik bertema ini terdiri daripada Barbie Room dan Barbie Suite yang diubah menjadi alam Barbie™️ yang memperkasakan.
Bukan itu sahaja, pengalaman eksklusif secara menyeluruh di Barbie™️ Café. Restoran berkonsepkan rumah kaca dengan keajaiban tersendiri ini menyajikan sarapan pagi, minum petang dan koktel untuk melengkapkan rasa penginapan hotel nan mewah. Dari pengalaman ketibaan hingga perpisahan,ia merupakan pengembaraan berskala penuh dalam palet warna merah jambu yang mengembirakan!
Perkongsian ini sekaligus memberi pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan kepada keluarga dan kanak-kanak dan semestinya menjadi kebanggaan Martel apabila Barbie™️ Ultimate Staycation dihidupkan di Asia Selatan. Sementara itu, Julie Freeland, Pengarah Kanan Hiburan Berdasarkan Lokasi di Mattel menambah, “Kami teruja kerana dapat menawarkan peluang menyelami dunia Barbie™️ kepada semua peringkat umur dan meraikan kerjaya Barbie™️ yang luar biasa langsung mendorong tetamu untuk merealisasikan impian mereka.”
Bermula 18 Disember 2021, Barbie™️ Ultimate Staycation oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur menampilkan pakej lengkap seperti Made in Malibu dan Suite Dreams, termasuk penginapan bilik bertema, makanan dan keistimewaan lain. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +60 3 2182 1234 atau e-mel kepada Barbie.kuagh@hyatt.com
gambar GRAND HYATT KUALA LUMPUR
Artikel berkaitan: Anya Taylor-Joy Alami Barbie Moment Di Venice