Seiring dengan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri, ramai wanita mencari cara untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kawasan intim.
Mencerahkan Miss V bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan semata-mata untuk tujuan estetik, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan dan kebersihan kulit di kawasan tersebut dan mempunyai keyakinan ketika melakukan hubungan intim.
Kawasan faraj, seperti kulit di bahagian tubuh yang lain, boleh mengalami perubahan warna disebabkan pelbagai faktor seperti hormon, kesan penuaan atau geseran pakaian.
Dr Tan Hiok Hee, pengarah perubatan dan perunding dermatologi kanan di Thomson Specialist Skin Centre, berkata kulit di sekitar puting susu dan beberapa kawasan intim wanita boleh menjadi lebih sensitif.
“Bahagian-bahagian tubuh ini lebih terdedah kepada kesan geseran dan kelembapan, kerana ia biasanya berada di bawah pakaian kebanyakan masa,” katanya.
Untuk mencerahkan kawasan intim, penggunaan produk yang diformulasikan khusus untuk menjaga keseimbangan pH dan memberikan kelembapan adalah penting, tetapi harus memastikan produk itu digunakan selamat dan sesuai dengan jenis kulit.