3. Gel Lidah Buaya
Gel ini diperkaya dengan mineral dan vitamin yang dapat merangsang pengeluaran kolagen serta mencerahkan kulit yang gelap. Ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi, menjadikannya pelembap semulajadi yang membantu melembutkan kulit di kawasan intim
Apa yang perlu dilakukan adalah sapukan gel lidah buaya pada kawasan tersebut dan biarkan selama 20-30 minit. Pastikan gel lidah buaya yang digunakan adalah 100% tulen tanpa bahan tambahan atau pewarna kimia yang boleh menyebabkan iritasi.