Nama putera kepada Putera Harry dan Meghan Markle kini telah pun didedahkan kepada dunia iaitu Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Tetapi apakah maksudnya?
Ia dikatakan merupakan pilihan yang amat mengejutkan ramai, Archie tidak sekali tergolong di dalam nama-nama kegemaran penulis buku diraja seperti Alexander, Arthur dan Albert.
"Saya tidak rasa ada di antara kami yang boleh menyangka akan nama tersebut akan dipilih," kata Joe Little, pengurus pengarang majalah diraja Majesty.
Seperti mana yang dia ketahui, Archie tidak ada sebarang konotasi kerabat diraja British, manakala Harrison pula adalah satu nama baharu untuk keluarga diraja itu.
Nama pertama putera Duke dan Duchess of Sussex dikatakan agak jauh dari tradisional yang sering diamalkan keluarga diraja. Ia mungkin adalah salah satu sebab kenapa pasangan diraja itu memilih nama tersebut yang mana lebih normal. Bahkan, menurut sumber istana British, mereka telah memilih untuk tidak menggunakan sebarang gelaran ihsan buat sementara waktu seperti Earl of Dumbarton.
Archie adalah singkatan bagi Archibald, yang mana berasal dari Jerman dan membawa maksud tulen, bold dan berani. Nama tersebut dikatakan kian meningkat popular. Menurut Pejabat untuk Statistik Kebangsaan, ia merupakan nama ke-18 paling popular di UK pada tahun 2017, manakala Harrison berada di carta ke-34.
Nama tersebut ada kemungkinan sangat popular di kalangan warga Amerika berikutan karakter utama berambut merah di dalam Archie Comics, yang mana telah berada di pasaran Amerika Syarikat bertahun-tahun lamanya dan diinspirasikan di dalam siri TV popular Riverdale.
Menurut pakar sejarah TV, Prof Kate Williams yang telah mengeluarkan spekulasi yang mana pilihan nama Archie mungkin diinspirasikan dari figura seperti pakar intelektual Afrika Selatan dan antropologi Archie Mafeje, penyanyi R&B Archie Bell atau saxophonist Archie Shepp.
Manakala Harrison pula dikatakan bermaksud 'son of Harry', yang boleh dilihat agak sweet berdasarkan tweet Kate Williams.
Mountbatten-Windsor hanya menjadi nama keluarga buat kerabat diraja sejak era 60-an. Ia merupakan sebuah legasi Duke of Edinburgh yang mendalam untuk keturunannya untuk menanggung nama keluarganya, dan keputusan yang dibuat dalam menghadapi sentimen anti-Jerman semasa perang dunia pertama.