Ini merupakan tanda penghormatan Pepsi kepada era-era yang telah membentuk generasi lalu dan sekarang.
Menerusi kempen Celebrating Every Generation, Pepsi kini memperkenalkan rekaan paling ikonik untuk tin minuman mereka dengan menggambarkan beberapa generasi. Kempen tersebut meraikan momen Pepsi pada masa dahulu serta mencipta momen baharu untuk masa kini dan akan datang.
Secara keseluruhan, ia mempunyai empat rekaan yang memaparkan 40 tahun minuman pilihan ramai ini menjadi kola yang mampu menghilangkan dahaga tidak kira di mana jua. Tin kola rekaan yang authentic, hip dan vintaj ini hanya boleh didapati dalam masa yang sangat terhad. Bahkan, setiap rekaan juga terhad di beberapa stor terpilih seperti Kedai Mesra PETRONAS, Shell Select, 7-Eleven dan Tesco. Jadi dapatkan tin Pepsi edisi terhad ini sebelum ia kehabisan!