Victoria Swarovski dan Werner Mürz
Pewaris syarikat Swarovski berkahwin dengan seorang usahawan yang berasas di Munich iaitu Werner Mürz dengan sambutan pada cuti hujung minggu yang panjang di Portopiccolo, Itali pada Jun lepas. Dia dilihat memakai gaun rekaan Michael Cinco yang bertatahkan 500,000 kristal Swarovski yang bernilai lebih dari USD$1 juta yang turut disertakan dengan veil labuh berukuran 7.9meter. Perkahwinan itu mengambil tempat di hotel lima bintang Falisia yang dihadiri dengan 250 orang teman rapat dan saudara mara.