‘Riang Riuh Raya’ Di Pavilion Kuala Lumpur
Diilhamkan oleh motif bunga dan warna reka bentuk mosaik yang terang, ‘Riang Riuh Raya’ adalah satu kempen perayaan oleh Pavilion Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dalam menyambut warisan, budaya dan tradisi Malaysia di samping menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’.


Terletak di bahagian Centre Court, ‘Riang Riuh Raya’ mempersembahkan kemeriahan di sebuah taman perayaan yang dihiasi dengan pelbagai bunga yang menguntum serta lampu tradisional yang indah bercahaya. Ia juga terletaknya ‘Malaysian Marketplace’ yang khas disediakan oleh KPDNHEP dalam mempromosikan produk oleh usahawan tempatan.

Ganjaran hebat juga menanti kepada mereka yang membeli-belah oleh rakan perbankan rasmi Pavilion KL – Maybank! Perbelanjaan minimum RM150 atau RM100 menggunakan Kad Kredit atau Caj Maybank, pembeli akan menerima Paket Raya Eksklusif Pavilion KL secara percuma. Baucar RM20 diberikan secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM250; baucar RM50 boleh dimiliki dengan perbelanjaan minimum RM1,000; dan baucar RM300 akan diberikan kepada pembeli yang membelanjakan RM3,000 dalam satu resit di kedai barangan atau restoran.

Pemegang kad Maybank juga akan menerima Solecasa Teapot secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM500 atau Kaserol Berpenutup Corningware (1.25L) secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM800 dalam satu resit di kedai barangan dan kedai makanan dan minuman.