Lebih separuh daripada wanita yang datang haid akan mengalami sakit senggugut selama satu hingga dua hari setiap bulan.
Senggugut berlaku apabila rahim anda mulai mengecut untuk mengeluarkan lapisan kotor dari dalam dan ini boleh menyebabkan sakit mendalam seperti dicucuk pisau sehingga memberi kesan sakit pada bahagian bawah belakang, pangkal paha atau bahagian atas paha. Selain daripada gejala mengidam makanan, gangguan tidur, kembung perut, perubahan mood (biasanya mudah marah), keletihan, payudara sakit dan banyak lagi, kebanyakannya (gejala ini) bermula sebelum kitaran haid anda bermula, kemudian bertindak kepada gejala maksimum iaitu sakit senggugut yang melampau.
Berurusan dengan senggugut setiap bulan amat memenatkan kerana terpaksa berlawan dengan fizikal dan emosi yang tidak terkawal. Terdapat banyak ubat yang mungkin membantu anda melegakan senggugut, namun adalah penting untuk diingat bahawa teknik ini tidak selalu berkesan, terutamanya untuk keadaan kronik, tetapi ia boleh memberikan sedikit kelegaan.
Di sini, EH! akan mengupas topik tentang perkara yang mungkin menyebabkan sakit haid anda dan menawarkan 5 tip mudah di rumah yang boleh anda cuba untuk merawat sakit senggugut.
1. Sapukan haba panas untuk menenangkan kekejangan.
Sedikit haba panas boleh membantu merenggangkan otot anda untuk berehat, meningkatkan aliran darah yang baik dan melegakan ketegangan. Cuba panaskan pad perut di dalam pemanas dan letakkan ia di kawasan bawah perut, selain anda juga boleh mencuba rawatan mandi air panas atau berehat dalam mandi air panas. Cara ini akan membuatkan pengedaran darah anda terkawal dan tekanan perut berada diparas maksimum.
2. Senaman untuk kelonggaran otot dan endorfin.
Jika anda mengalami kesakitan belakang melampau, senaman mungkin perkara terakhir anda perlu lakukan untuk melegakan sakit senggugut. Amalkan senaman yang lembut (ringan) kerana ia membebaskan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira, mengurangkan kesakitan dan mengendurkan otot anda. Atau amalkan lima belas minit senaman yoga, regangan ringan atau berjalan briskwalk mungkin membantu meringankan sakit fizikal dan mental haid anda.
3. Cuba suplemen kitaran gejala haid.
Vitamin D boleh membantu badan anda menyerap kalsium dan mengurangkan keradangan. Suplemen lain, termasuk omega-3, vitamin E dan magnesium, boleh membantu mengurangkan keradangan dan mungkin menjadikan haid anda kurang menyakitkan. Untuk hasil terbaik, ambil suplemen setiap hari, bukan semasa kitaran haid sahaja. Oleh kerana sesetengah suplemen berinteraksi dengan ubat-ubatan yang lain, pastikan anda bertanya dahulu kepada doktor anda sebelum mengambil sesuatu yang baru.
4. Nikmati teh herba.
Sesetengah jenis teh herba mempunyai ciri anti-radang dan sebatian antispasmodik yang boleh mengurangkan kekejangan otot dalam rahim. Minum teh chamomile, adas atau halia adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk melegakan senggugut. Selain itu, teh herba ini juga mempunyai faedah lain, seperti melegakan tekanan dan membantu pesakit insomnia.
5. Banyakkan minum air untuk mengurangkan kembung perut.
Kembung boleh menyebabkan ketidakselesaan dan memburukkan lagi senggugut. Walaupun ia mungkin kedengaran berlawanan dengan intuisi, air minuman boleh mengurangkan kembung semasa haid anda dan mengurangkan beberapa kesakitan. Selain itu, minum air panas boleh meningkatkan aliran darah ke seluruh badan anda dan mengendurkan otot anda. Ini boleh mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh pengecutan rahim.