Gambar: Samsung
Selepas memperkenalkan television lengkung pertama di dunia, Samsung dalam sidang media di Berlin melancarkan telefon pintar yang mempunyai lengkung di bahagian tepi. Dinamakan Galaxy Note Edge, lengkung di tepi skrin itu membolehkan pengguna untuk meletak paparan menu atau aplikasi pilihan dengan warna latar belakang yang berbeza. Telefon pintar itu akan tampil dalam pilihan rona hitam arang serta putih salji.
Jenama gergasi itu turut melancarkan kesinambungan siri Note dengan Galaxy Note 4. Dengan skrin 5.7 inci, telefon pintar ini mampu menghasilkan paparan lebih cantik dan jelas. Telefon itu juga bakal muncul dalam pelbagai pilihan warna iaitu hitam, putih, emas serta merah jambu.
Seperti ingin membawa pengguna mengalami pengalaman baru dalam dunia teknologi, Samsung memperkenalkan alat pendengar visual baru bernama Gear VR yang boleh digunakan bersama Galaxy Note 4. Gear VR merupakan ciptaan inovasi yang membolehkan pengguna bermain aplikasi permainan atau melihat video dalam Galaxy Note mereka menerusi skrin alat pendengar itu. Ianya membuatkan pengguna seperti berada dalam alam maya.
Kesemua gajet baru dari Samsung ini dijangka berada di pasaran pada bulan Oktober nanti.