Marina Bay Sands menawarkan satu pengalaman yang menyeluruh, magikal dan penuh aktiviti kesejahteraan yang unik. Di sini, kesihatan dan kebebasan bersatu untuk memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Serlahkan keperluan kesejahteraan anda di Marina Bay Sands, pendekatan keamanan dan kehidupan yang tenang , lebih sihat dan seimbang. Musim panas ini, ‘tenggelamkan’ diri anda dalam perjalanan kesejahteraan dan biarkan deria anda terbang di Marina Bay Sands. Daripada pengalaman kulinari yang serba baharu kepada kelas kecergasan yang menyegarkan dan sesi meditasi yang menenangkan, EH! kongsikan tempat menarik di mana kesihatan dan kebebasan bertemu.
Musim panas ini, ambillah kesempatan untuk ‘tenggelamkan’ diri dalam perjalanan kesejahteraan yang menawarkan pendekatan holistik di Marina Bay Sands.
1. Pengalaman Kulinari Taraf Bintang
Tutup mata anda dan rasai keanggungan kulinari yang sihat dengan rasa kepuasan elemen deria rasa, tiada lebih baik daripada masakan Mediterranean. Bahan segar, disirami minyak zaitun, herba dan rempah ratus menghasilkan rasa nan cukup mewah dan sihat.
EH! rekomendasi restoran estiatorio Milos, warisan masakan Mediterranean, pengasas oleh Costas Spiliadis menawarkan pilihan ikan segar dan makanan laut dengan mengutamakan tradisi kulinari.
Bakal dilancarkan pada 25 Julai ini, restoran mewah dengan hiasan dalaman yang anggun dan elegan ini memberi nafas dan perspektif baharu kepada gastronomi Greek sejak 45 tahun lalu sejak konsep pertamanya dibuka di Montreal.
Sayur-sayuran sampingan, daripada timbunan zucchini dan terung yang rangup dipadankan dengan tzatziki berkrim dan keju Kefalograviera yang penuh rasa, pasti membuatkan anda ‘tenggelam’ dalam kenikmatan hidangan Mediterranean.
2. Keluasan Ruang
Mencari masa untuk memanjakan diri dalam penjagaan diri, jauh dari kesibukan dunia luar dan mencipta detik ketenangan dalam diri?
Bawakan diri anda ke oasis bandar iaitu The Horizon, suite ultra-mewah yang merupakan sebahagian daripada Paiza Royal Collection. Bilik urut di dalam suite dan tukang urut atas panggilan, serta kerusi rehat seramik yang dipanaskan di ruang peribadi anda – yang dilengkapi dengan dinding garam Himalaya pasti membuatkan anda hilang dalam ketenangan. Sebagai tetamu Paiza Collection, setiap keperluan anda akan diuruskan oleh pasukan butler yang berdedikasi 24/7, memberi layanan bak raja, penghargaan terhadap keindahan dan perjalanan hidup.
3. Temui Dalaman Diri Anda
Meluangkan masa untuk orang yang anda sayangi, mewujudkan hubungan yang bermakna dan menjadi sebahagian daripada komuniti atau suku adalah asas kepada kehidupan yang seimbang.
Mulakan pagi anda dalam renungan damai dengan siri kelas dalaman di atas Sands SkyPark. Sama ada yoga, pilates atau sesi meditasi, akarkan diri anda ke alam semula jadi dan temui hubungan baharu dengan diri anda melalui siri Where Mind and Body Connect. Pengalaman ini terbuka kepada tetamu hotel dan orang ramai.
4. Rehatkan Fikiran & Badan Anda
Lepaskan diri anda dan hilangkan tekanan anda dengan urutan Royal Banyan di Banyan Tree Spa, Marina Bay Sands. Menggunakan teknik lama dari Indonesia, rawatan signature Royal Banyan ini akan meremajakan badan anda, meningkatkan peredaran darah dan menenangkan jiwa dengan mandian herba terapeutik.
Baca : 5 Tempat Menarik di Busan Yang Pasti Buatkan Anda Teruja