Nak pergi bazar Ramadan, tetapi nak akses mudah pengangkutan awam?
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, terdapat banyak bazar Ramadan yang terletak berhampiran stesen Mass Rapid Transit Corporation (MRT) dan Rapid Rail Sdn Bhd (LRT), memudahkan pengunjung datang hanya dengan menaiki tren.
Bukan sahaja menjimatkan masa, malah lebih praktikal untuk warga kota yang ingin membeli juadah berbuka puasa tanpa perlu memandu.

Teruskan membaca untuk mengetahui lokasi-lokasi bazar ramadan yang boleh anda kunjungi dengan hanya beberapa langkah dari stesen MRT atau LRT terdekat.
1. LRT Bangsar
Bazar Ramadan popular di Jalan Telawi atau Bangsar Baru kira-kira 10–15 minit berjalan kaki dari Bangsar LRT. Anda akan menjumpai gerai jual kuih-muih tradisional, ayam percik, nasi kerabu, roti John serta minuman sejuk untuk buka puasa.
2. MRT Kota Damansara
Bazar makanan & minuman tempatan di sekitar Kota Damansara boleh jadi persinggahan selepas balik kerja dari MRT Kota Damansara. Biasanya ada kebab, kuih-muih & pilihan iftar tradisional.
3. LRT Masjid Jamek
Salah satu bazar Ramadan paling ikonik di KL. Berjalan kaki dari Masjid Jamek LRT dalam masa 4 minit, bazar ini dipenuhi stall nasi campur, mee goreng, putu piring, ikan bakar & manisan tradisional.
4. LRT Dato Keramat
Bazar Ramadan di kawasan Kampung Datuk Keramat yang biasa dikunjungi penduduk setempat. Ada jual kuih-muih tradisional, nasi ayam & lauk pauk untuk buka puasa.
5. MRT Stadium Kajang
Antara bazae terbesar di Kajang yang ramai kunjungi untuk makanan iftar dan kuih-muih. Jalan-jalan sekitar taman dan kawasan komersial berdekatan MRT Stadium Kajang pun akan banyak pilihan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.
6. LRT Sentul
Bazar Ramadan di sekitar Sentul biasanya dijalankan di kawasan kedai berhampiran laluan utama (contoh di Sentul Pasar / Sentul Central). Walaupun tidak sebesar bazar di Bangsar atau Kampung Baru, kamu akan jumpa pilihan kuih-muih & juadah iftar tempatan dalam radius 10–15 minit dari LRT Sentul.
7. LRT Kampung Baru
Salah satu bazar Ramadan paling terkenal di Kuala Lumpur. Hanya beberapa minit berjalan kaki dari LRT Kampung Baru. Menawarkan nasi kerabu, satay, char kway teow, kuih-muih tradisional, jus tebu dan pelbagai juadah Melayu klasik untuk berbuka.
8. MRT Bukit Bintang
Berhampiran Masjid Al-Bukhary yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki, sesuai untuk singgah solat sebelum atau selepas membeli juadah di sekitar Bukit Bintang.
Baca: Bazar Ramadan 2026: 10 Lokasi Wajib Singgah Di KL & Selangor
