Shopee tampil dengan inisiatif terbaharu yang dipanggil Skuad Selebriti Shopee yang mana enam selebriti terkenal tempatan turut serta dalam menjual produk keluaran mereka di platform beli-belah atas talian ini.
Pengguna akan lebih mudah untuk mendapatkan koleksi produk yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan kesayangan selepas ini.
"Pengguna kami yang menentukan teras strategi kami dan kami akan terus berusaha mencari alternatif baharu untuk berhubung dengan mereka secara mendalam. Kami tahu, rakyat Malaysia amat meminati selebriti tempatan pilihan mereka dan dengan peningkatan bilangan selebriti yang melancarkan produk masing-masing, kami mendapati permintaan terhadap produk tersebut juga meningkat. Oleh itu, kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee, ruangan khas dalam aplikasi yang membariskan pelbagai produk selebriti yang membolehkan pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka dengan semudah satu klik sahaja," ujar Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di pelancaran inisiatif terbaharu ini yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur berserta sesi berbuka puasa.
Tambahnya lagi, pada masa akan datang Shopee akan mengembangkan lagi Skuad Selebriti Shopee dengan memperkenalkan barisan selebriti baharu setiap bulan.
Platform e-dagang tanpa komisyen ini bahkan menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara. Enam selebriti Skuad Selebriti Shopee termasuklah YBhg. Datuk Seri Siti Nurhaliza (SimplySiti), Nora Danish (OwlbyND), Izara Aishah (Madame Izara), Elfira loy (EL), Heliza Helmi (Heliza Guzel Hive), Emma Maembong (EMBS).