San Jose, California menjadi tuan rumah kepada Galaxy Unpacked 2025, memperkenalkan era baru pengalaman berasaskan AI melalui Galaxy AI.
Samsung Electronics memperkenalkan era baharu Galaxy Unpacked 2025, pengalaman berasaskan kecerdasan buatan (AI) melalui inovasi terkini, Galaxy AI. Kemuncak acara tersebut ialah pelancaran rasmi siri Galaxy S25, yang menampilkan tiga model unggulan; Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra.
Dilihat sebagai satu lonjakan besar dalam dunia teknologi telefon pintar. Siri ini direka untuk memberikan pengalaman peribadi yang luar biasa melalui integrasi Galaxy AI, sebuah ekosistem kecerdasan buatan generasi baharu.
Revolusi Galaxy S25
Samsung Electronics melancarkan siri Galaxy S25, lengkap dengan peningkatan teknologi dan inovasi AI yang membawa pengalaman pengguna ke tahap seterusnya. Melalui sistem operasi One UI 7, pengguna dapat menikmati pengalaman mudah alih yang lebih intuitif dan diperibadikan.
Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah Now Brief, yang mempelajari rutin pengguna untuk memberikan maklumat khusus terus ke skrin kunci, serta AI Select, pembantu peribadi AI yang mampu meringkaskan artikel atau membantu menghasilkan imej kreatif.
Kuasa, Prestasi, dan Ketahanan
Siri Galaxy S25 dikuasakan oleh pemproses Snapdragon® 8 Elite, yang meningkatkan prestasi NPU dan GPU sehingga 40%. Ciri seperti ProScaler memastikan pengalaman permainan lebih lancar dengan visual yang jelas. Bateri 5000mAh yang ditawarkan juga mempunyai masa pengecasan yang lebih pantas, iaitu hanya satu jam.
Kemungkinan Baru dalam Fotografi
Kamera pada Galaxy S25 Ultra menawarkan lensa ultra-lebar 50MP yang pertama kali diperkenalkan dalam siri ini. Keupayaan AI pada ProVisual Engine pula memberikan sentuhan seperti kehidupan sebenar pada setiap gambar, menjadikan fotografi malam lebih jelas dan video lebih inovatif dengan alat penyuntingan video berkuasa.
Kesihatan dan Rumah Pintar
Samsung Health kini memanfaatkan AI untuk memantau kesihatan pengguna secara menyeluruh, termasuk tidur, diet, dan kecergasan. Ekosistem pintar SmartThings juga mengoptimumkan pengurusan rumah melalui automasi yang diperibadikan, termasuk penjagaan haiwan peliharaan.
Ke Arah Kelestarian
Siri Galaxy S25 turut menumpukan kepada kelestarian dengan penggunaan bahan kitar semula seperti kobalt dalam bateri, sebahagian daripada usaha Samsung untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Promosi Pre-Order
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati tawaran sehingga RM1,600, termasuk naik taraf storan dan diskaun tambahan apabila membayar menggunakan kad bank CIMB.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila layari Samsung Malaysia untuk tawaran terkini.