Oleh : Farhana Fuad
Gambar: ingimage.com
Esok sudah Isnin? Pastinya hari pertama dalam minggu bekerja iaitu Isnin adalah hari yang kebanyakkannya mengeluh ketibaannya kerana mungkin tidak cukup beristirehat tatkala dua hari bercuti di hujung minggu atau lebih dipanggil Monday Blues.
Namun, sepatutnya hari pertama dalam minggu mestilah kita motivasikan diri untuk bekerja dengan lebih kuat dan rajin. Positifkan diri dan bekerja dengan ikhlas pastinya mudah disenangi orang sekeliling dan berhadapan dengan bos atau client. Eh! ada senarai perkara yang anda patut lakukan pada hari pertama setiap minggu bekerja.
Tiba awal di pejabat
Sebenarnya jika kita datang awal ke pejabat dapat memberikan kesan dan minda yang positif kepada kita sepanjang hari dalam melakukan pekerjaan untuk mencapai matlamat. Bahkan juga ia untuk menjaga reputasi kita di pejabat.
Tarik nafas dalam
Tenangkan fikiran dan diri dengan berhenti seketika dan tarik nafas agar anda boleh menyenangkan diri anda supaya tidak beremosi ketika bekerja. Emosi marah dan tertekan mungkin sebab tidak cukup rehat ketika berhujung minggu boleh membuatkan orang lain juga terimpak dengan emosi anda yang tidak stabil.
Kawal emosi
Mungkin anda bukan seorang yang morning person tetapi cuba terima hakikat tersebut yang anda harus bangun pagi untuk ke kerja dan simpan sikap positif dalam diri. Minum satu atau dua cawan kopi untuk menyegarkan diri anda di awal pagi.
Susun atur jadual
Kemaskini aturan jadual anda dengan senarai seperti ‘to-do-list’ untuk memudahkan kerja anda dalam mencapai target mingguan anda kerana nanti tidaklah anda rasa tertekan dan mudah marah.
Catch up info kerja terkini bersama rakan sepejabat
Ambil lima ke 10 minit untuk berkomunikasi dengan rakan sepejabat anda untuk mengetahui sebarang info terbaru kerja di pejabat agar anda tidak ketinggalan dengan sesuatu perkara yang melibatkan kerja.
Pastikan meja kerja tersusun kemas
Kemas meja anda jika keadaan tidak teratur agar memudahkan dan menyedapkan mata anda ketika membuat kerja. Sebaiknya setiap hari di penghujung minggu bekerja anda kemas terlebih dahulu sebelum balik dan berhujung minggu kerana nanti tidaklah mengganggu anda memulakan kerja di hari kerja minggu seterusnya.
Balas segala email anda panggilan telefon yang anda terima
Mungkin ada sahaja yang menghantar email kepada anda di hari cuti mingguan. Jadi, semak dan balas segala email yang anda terima terlebih dahulu agar respon yang anda dapat juga cepat.