BMW perkenal kempen terbaru, “The Soul of BMW”, sesuatu yang lebih mendalam tentang hubungan unik antara pemandu dan kenderaan elektrik.
Jenama automotif terkemuka di dunia yang terkenal dengan kenderaan mewah, berprestasi tinggi dan inovatif, BMW memperkenalkan konsep “The Soul of BMW”, kempen untuk berkongsi daya tarikan portfolio Kenderaan Elektrik (EV) BMW, yang mencerminkan semangat inovasi terhadap reka bentuk dan hubungan emosional antara pemandu dan kenderaan.
“The Soul of BMW”, bukan sahaja menawarkan teknologi canggih tetapi juga mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam kategori kenderaan elektrik mewah. Ia adalah gabungan teknologi, reka bentuk dan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.
Dalam dunia automotif, BMW sentiasa menjadi simbol kebebasan, berprestasi unggul dan keseronokan pemanduan menjadikan ia pilihan automotif pertama dikalangan pengguna. Tidak hanya mencipta kereta, tetapi jiwa yang menyatukan pemandunya, memberikan pengalaman pemanduan yang penuh dengan ketenangan dan keyakinan.
BMW percaya bahawa setiap kenderaan memiliki jiwa dan jiwa itu bersatu dengan pemandunya. Ia melambangkan keselesaan, prestasi, kualiti, serta rasa yakin dalam setiap perjalanan. Melalui kempen ini, pemandu akan ketahui tentang kelebihan kenderaan elektrik dan menjadikannya sebagai pilihan yang jelas bagi mereka yang mengidamkan gabungan teknologi dan kemewahan.
Program Kewangan Dinamik BMW
Bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan elektrik BMW, BMW Group Financial Services Malaysia menyediakan pelbagai pilihan kewangan yang fleksibel.
Antaranya termasuk pelan BMW Easy Drive Financing Plan, yang membolehkan pelanggan memiliki model BMW i5 eDrive40 M Sport dengan ansuran bulanan serendah RM4,492 bagi tempoh lima tahun. Alternatif lain ialah BMW Straight Line Financing, dengan ansuran bulanan bermula dari RM4,416 untuk tempoh tujuh tahun.
Dengan pelan ini, BMW memastikan pemilikan kenderaan mewah lebih mudah dan mampu milik untuk pelanggan di Malaysia.
Pengalaman Premium
Menjadi pemilik kenderaan elektrik BMW bermakna menikmati pelbagai kelebihan premium. Antaranya termasuk:
- Pakej 5 Tahun BMW Repair Inclusive
- Pakej 6 Tahun BMW Service Inclusive
- Jaminan Bateri Voltan Tinggi selama 8 Tahun
- Bantuan Kecemasan Jalan Raya BMW, termasuk perkhidmatan pengecasan mudah alih.
- Aplikasi My BMW, yang membantu anda merancang perjalanan, termasuk mencari stesen pengecasan terdekat.
- Kereta penggantian secara percuma selama dua tahun untuk mereka yang memilih pelan Easy Drive Financing bersama insurans BMW
Pengalaman premium ini memastikan setiap pemilik kenderaan elektrik BMW dapat menikmati perjalanan mereka tanpa rasa khuatir.
Model Pilihan dan Harga
BMW turut menawarkan model terbaru mereka pada harga yang menarik. BMW i5 eDrive40 M Sport, boleh didapati pada harga RM399,800, sementara BMW iX2 xDrive30 ditawarkan pada harga RM282,800. Kedua-dua model ini juga hadir dengan pilihan tambahan pakej waranti dan servis.
Ketahui lebih lanjut tentang model kenderaan elektrik BMW atau ingin merasai sendiri pengalaman ini, lawati laman web rasmi BMW atau hubungi pengedar BMW berdekatan anda.
Mencari peluang untuk menikmati tawaran eksklusif yang mengubah gaya hidup anda? Klik di sini Drive Ahead With Joy 2024 untuk mengetahui lebih jauh dan mendapatkan manfaat yang luar biasa! Manakala untuk informasi terkini tentang Model BMW, klik di sini BMW Electric Cars, memenuhi keperluan gaya hidup moden anda.
Akhir, klik disini BMW Engage, direka khas untuk menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan yang fleksibel dan mesra pengguna.