1.Tower Walk, Menara Kuala Lumpur
Antara tempat tular bagi pasangan kekasih yang inginkan cabaran di Kuala Lumpur, ini adalah terbaik dan termurah untuk dicuba. Hanya perlu RM10 untuk 1 sesi lawatan pas ke Tower Walk, di mana seseorang akan berjalan di tepi menara dengan peralatan keselamatan.
Anda akan diikat pada tali pinggang keselamatan semasa berjalan kaki selama 30 minit di sekitar menara, dan laluan pejalan kaki adalah kira-kira 300 meter di atas tanah di mana anda boleh melihat pemandangan KL yang indah di hadapan mata anda.
Menurut laman Menara KL, tiket kemasukan adalah RM10 pada hari bekerja dan RM15 untuk hujung minggu (tawaran ini hanya sehingga 31 Julai). Promosi istimewa ini hanya sah untuk pemegang MyKad dan MyKid. Jadi jangan lupa bawa IC anda!