Sedar ataupun tidak, Malaysia telah mendapat jolokan ‘negara paling gemuk di Asia.’ Mana tidaknya. Masalah obesiti bukanlah perkara baru di kalangan masyarakat kita.
Hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti – mengikut kajian Kementerian Kesihatan, tahun lepas didapati 17.7% rakyat Malaysia jatuh dalam kategori obes, dan 30% lagi dikatakan ‘overweight’, yakni berat berlebihan.
Ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan adalah faktor utama dalam menyumbang kepada punca penyakit obesiti ini berlaku. Ayuh, ikuti tip dari EH! untuk mencegah obesiti.