Sesetengah individu yang sukar menaikkan berat badan membenci suara-suara yang mengatakan "Untunglah makan banyak pun badan tak naik berat."
Agak aneh bunyinya apabila perkara ini diperkatakan kepada sesetengah orang yang menginginkan tubuh langsing dan kurus. Namun, hakikatnya ada juga golongan yang susah untuk naik berat badan yang ideal. Kata orang, terlalu kurus juga tidak cantik dan tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, pastikan tubuh dalam keadaan yang ideal dan normal dengan mengekalkan berat badan ideal.
Jom amalkan cara untuk menaikkan berat badan ini bagi anda yang sukar untuk naik berat badan.