Pilates adalah salah satu bentuk senaman yang semakin popular di kalangan wanita di Malaysia. Fokus kepada kekuatan teras (core strength), fleksibiliti, postur dan pernafasan, Pilates menawarkan manfaat yang menyeluruh untuk kesihatan fizikal dan mental.
Di Malaysia, terdapat banyak studio Pilates yang menawarkan pelbagai jenis kelas untuk memenuhi keperluan wanita moden, sama ada anda seorang pemula atau sudah berpengalaman.
Awal tahun adalah masa yang sempurna untuk memperbaharui semangat, menetapkan matlamat baharu dan memberi fokus kepada kesihatan serta kesejahteraan diri.
Berikut adalah studio pilates terbaik untuk wanita yang mahu mulakan tahun baharu dengan lebih positif.
1. Sunday Pilates
Sunday Pilates merupakan salah satu studio Pilates yang terletak di Tropicana Avenue, Bangsar. Studio ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjalani gaya hidup sihat melalui senaman yang berfokus pada penguatan otot teras, peningkatan fleksibiliti, serta pembetulan postur badan.
Studio yang direka secara profesional dan dilengkapi dengan peralatan Pilates berkualiti tinggi seperti reformer, cadillac, stability chair, dan pelbagai senaman lain.
Lokasi : Lot P-1-27, Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
2. Bliss Society
Studio pilates pertama yang mesra hijabi di Kuala Lumpur! Bliss Society adalah sebuah komuniti eksklusif yang menawarkan ruang bagi individu yang ingin memperkayakan gaya hidup mereka dengan nilai-nilai positif.
Jika anda seorang hijabis yang inginkan kebebasan aurat, Bliss Society menawarkan kelas hanya untuk wanita dan rakaman telefon boleh dihalang ketika senaman diadakan.
Lokasi : 14, Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Baca : 5 Kebaikan Senaman Pilates Untuk Kesihatan Badan Anda