Oleh : Farhana Fuad
Setiap selebriti punya cita rasa sendiri dalam berfesyen demi menjaga penampilan dan imej yang menarik serta seiring arus trend semasa. Kaca mata hitam adalah salah satu aksesori yang mesti ada. Ia bagaikan sudah dikelaskan sebagai item penting dalam tas tangan untuk melindungi mata dari terik mentari.
Tetapi yang membezakannya adalah gaya dan reka bentuknya. Setiap jenama pastinya mempunyai identiti serta pilihan reka bentuk tersendiri lantas menyerlahkan gaya kaca mata hitam tampak versatil.
EH! kongsikan gaya kaca mata favourite selebriti tempatan untuk inspirasi gerobok fesyen anda.
Rozita Che Wan
Gambar : Instagram Rozita Che Wan
Pelakon jelita ini memilih kaca mata yang berbentuk aviator. EH! yakin yang ia merupakan satu kaca mata kesukaan Che Ta berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naiknya di laman Instagram.
Scha Alyahya
Gambar: Instagram Scha Alyahya
Ibu kepada Lara Alana ini suka akan kaca mata berbentuk aviator tetapi dengan perincian metalik emas pada bingkainya.
Nur Fazura
Gambar: Instagram Nur Fazura
Selebriti cantik menawan ini sering dilihat dengan kaca mata hitam ala wayfarers. Sekali gus ia menonjolkan gaya santai dan klasik.
Nora Danish
Gambar : Instagram Nora Danish
Nora Danish lebih cenderung kepada gaya kaca mata retro kala bergaya.
Sazzy Falak
Gambar: Instagram Sazzy Falak
Selebriti yang sentiasa tampak muda ini sukakan gaya kaca mata oversized tidak kira kala ke majlis mahupun bersantai.