Ke Huy Quan
Selain Michelle Yeoh, pujian terhadap filem Everything Everywhere All At Once juga turut perlu diberikan kepada bekas bintang kanak-kanak, Ke Huy Quan yang membuat comeback tahun ini. Pelakon kelahiran Vietnam itu membintangi dua filem blokbuster 80-an, Indiana Jones dan The Goonies sebelum bersara kerana sukar mendapat tawaran dalam filem Hollywood. Ke Huy Quan bagaimanapun yakin untuk membuat penampilan semula selepas menonton Crazy Rich Asians. Tidak lama kemudian aktor berusia 51 tahun itu ditawarkan watak Waymond Wang dan kini menjadi pesaing kuat untuk anugerah Oscar.