HoYeon Jung
Bintang berusia 28 tahun ini mencipta nama sebagai model di persada antarabangsa namun menyinar di seluruh dunia dengan bakat lakonan mengagumkan dalam siri popular Netflix, Squid Game. Menerusi watak Kang Sae Byeok, dia dianugerahkan trofi Pelakon Wanita Drama Terbaik di SAG Awards dan membanggakan rakyat Korea Selatan pada malam anugerah apabila menyarung daenggi, reben rambut tradisional yang direka khas oleh Louis Vuitton.