
Jennifer Lopez- Tiga Kali
Bintang Latin tersohor ini saya lihat hidupnya tidak pernah sunyi, dia bagaikan tidak boleh hidup jika tiada cinta. Dia pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun perkahwinan dan perceraiannya diselang seli dengan hubungan cinta yang tidak kesampaian. Pada tahun 1997 dia pernah berkahwin dengan pelayan restoran Ojani Noa. Selepas bercerai dia memadu cinta dengan penyanyi rap, Puff Daddy. Selepas itu dia bercinta dan erkahwin dengan penari pengiringnya, Cris Judd pada tahun 2001.

Usai bercerai dengan Cris, Jennifer mabuk cinta pula dengan Ben Affleck. Hubungan mereka menjadi perhatian media dan mereka digelar ‘Bennifer’. Mereka sempat bertunang pada tahun 2002 namun putus dua tahun kemudian. Pada tahun 2004, Jennifer berkahwin dengan bekas kekasihnya, penyanyi Marc Anthony. Perkahwinan itu dikurniakan dengan Cahaya mata kembar, Maximilian David and Emme Maribel. Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2011, dan Hanya bercerai secara sah pada tahun 2014. Kemudian Jennifer bercinta dengan ‘anak ikan’, penari Casper Smart sebelum bercinta dengan pemain besbol Alex Rodriguez. Mereka sempat bertunang namun putus awal tahun ini. Kini Jennifer khabarnya menjalin semula hubungan dengan Ben Affleck. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka akan berkahwin atau tidak.