Selepas kejayaan pasukan KL City menumpaskan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, nama Kevin Ray Mendoza Hansen hangat diperkatakan.
Mendoza yang merupakan penjaga gol pasukan itu mengagumkan peminat dengan ketangkasannya menghalang bola pihak lawan memasuki gawang gol, sekali gus menyumbang kepada kemenangan 2-0.
Namun bukan kemenangan KL City sahaja yang mencuri perhatian, wajahnya yang tampan turut meraih pujian netizen terutamanya peminat wanita di media sosial.
Mendoza yang kini berusia 27 tahun dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994 dan mempunyai darah kacukan Denmark daripada bapanya serta Filipina daripada ibunya.
Dengan kelebihan ini, dia berpeluang bermain untuk kedua-dua negara di peringkat antarabangsa dan kini turut bermain untuk pasukan kebangsaan Filipina selain KL City.
Peminat wanita nampaknya turut berpatah hati apabila mengetahui jejaka berketinggian 188cm bukan lagi seorang bujang! Dia mendirikan rumah tangga dengan Nadia Baekgaard, seorang pereka grafik kelahiran Denmark pada Februari lalu setelah lapan tahun menjalin hubungan cinta.
Anda boleh ‘cuci mata’ dengan 25 foto santai Mendoza yang kami kongsikan ini.
Foto: Instagram @kevinraymendoza/@nadiabaekgaard
Baca: Ariana Grande Berkongsi Foto Bulan Madu Romantis Di Amsterdam