Setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan popular Min Hyo Rin dan Taeyang akhirnya selamat bergelar ibu bapa baru-baru ini.
Agensi pengurusan Taeyang, YG Entertainment mengumumkan berita gembira itu menerusi satu kenyataan dan mengesahkan kedua-dua Min Hyo Rin dan bayi berada dalam keadaan baik.
“Isteri Taeyang selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat,” jelas wakil agensi tersebut namun tidak mendedahkan tarikh sebenar kelahiran.
![](https://6.viki.io/image/4ea25e351beb46d781bdd1bd3be7b65c/dummy.png?s=900x600&e=t)