Angka 13 sering dikaitkan sebagai angka yang malang buat majoriti individu yang superstitious (melainkan anda adalah Taylor Swift) namun mereka mungkin perlu memikirkan semula tentang hal itu kerana angka 27.
Jika diteliti dengan betul, bilangan selebriti yang mati pada usia 27 tahun membawa kepada jumlah seramai 64 dengan penambahan Kim Jong-Hyun dalam senarai ini.
Ini mungkin juga satu kebetulan namun angka yang ditunjukkan ini boleh membuatkan sesiapa sahaja yang kini berusai 26 tahun menjadi lebih risau but you know yourself better. Sebab kematian melibatkan kemalangan, penyakit kronik, dan tindakan segelintir selebriti ini untuk menamatkan riwayat mereka dengan tangan sendiri akibat depresi ataupun tekanan melampau.
EH! senaraikan 10 selebriti ternama yang menghembuskan nafas terakhir mereka pada usia 27 tahun.