Kostum Dan Rambut Palsu Bukan Sesuatu Yang Baru Baginya
Joseph mengakui hampir tidak mengenali dirinya ketika membawakan watak Eddie. Untuk menjayakan peranan itu, dia perlu memakai rambut palsu besar yang mengambil masa 20 hingga 40 minit untuk disarungkan. Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang baharu buatnya. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam teater, dia sudah biasa menyarung kostum dan rambut palsu serta melakukan transformasi untuk watak yang ditawarkan kepadanya termasuk dalam pementasan Catherine the Great, Les Misérables dan Dickensian.
Baca: 5 Fakta Mengenai Park Solomon, Bintang All Of Us Are Dead Tampan Kacukan Korea-Uzbek