Penyanyi, Rita Ora dan pengarah kelahiran New Zealand, Taika Waititi dilaporkan bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi.
Menurut laporan Page Six, Rita dan Taika melamar satu sama lain secara serentak dan kini sedang dalam proses merancang majlis perkahwinan intim diikuti parti yang bakal dihadiri barisan selebriti terkenal pada musim panas ini.
Satu sumber terdekat mendedahkan perhubungan pasangan itu kepada The UK Sun dengan berkata, “Mereka dilamun cinta dan memutuskan sekarang adalah masa yang tepat untuk mengikat perhubungan mereka secara rasmi.”