Amy Adams memulakan kerjaya dalam bidang seni pada lewat tahun 90-an menerusi filem Drop Dead Gorgeous sebagai pelakon pembantu.
Selepas berhijrah ke Los Angeles, Amy muncul dengan watak kecil dalam rancangan televisyen sebelum ditawarkan peranan utama dalam filem biopik Steven Spielberg, Catch Me If You Can di samping Leonardo DiCaprio.
Sejak itu bakatnya terus menjadi sebutan sehingga tersenarai sebagai selebriti A-list Hollywood dan membawa pulang dua anugerah Golden Globes. Malah dia pernah menjuarai senarai pelakon wanita terkaya dunia sebanyak tiga kali.
EH! senaraikan lima filem lakonan Amy yang mendapat penilaian positif daripada para pengkritik.