4. Arrival (2016)
Penilaian Rotten Tomatoes: 94%
Sinopsis: Ketika kapal angkasa dunia lain cuba berhubung dengan Bumi, pakar bahasa, Louise Banks (Amy) dan pasukan saintis berusaha untuk berkomunikasi dengan spesies alien demi mentafsir bahasa mereka.
Para pengkritik memuji Arrival sebagai filem sains-fiksyen yang bijak dan memberi impak.
“Arrival bermain dengan minda anda secara halus, berbeza dengan filem sains-fiksyen seram lain yang pernah saya tonton sebelum ini,” ulas Will Leitch untuk The New Republic.