3. Her (2013)
Penilaian Rotten Tomatoes: 94%
Sinopsis: Dalam Her, seorang penulis bernama Theodore Twombly (Phoenix) tanpa sedar mula menaruh perasaan terhadap sistem komputer pintar, Samantha (suara oleh Scarlett Johansson).
Amy memegang watak pelakon pembantu sebagai jiran dan rakan kepada Theodore yang bernama Amy. Filem ini dipuji kerana menampilkan jalan cerita komedi-romantis yang bijak.
“Ia merupakan filem yang sweet dan menyedihkan dalam masa sama, diarah dengan begitu indah, berjaya menyelitkan unsur sindiran tentang cinta dalam dunia digital tanpa mencacatkan kualitinya,” tulis Geoffrey Macnab dalam Independent.