5. Deepika Padukone – RM167 Juta
Awal tahun ini, Deepika mencetuskan persoalan di kalangan peminat Bollywood apabila menarik diri daripada projek bersama sutradara terkenal, Sanjay Leela Bhansali disebabkan isu bayaran. Menurut FilmFare, bintang berusia 35 tahun itu yang merupakan penyokong tegar kesaksamaan gaji mengenakan bayaran sebanyak RM11 juta untuk filemnya yang akan datang di samping Amitabh Bachan.
Pelakon Padmaavat ini juga menandatangani kontrak perjanjian dengan jenama besar seperti Coca-Cola, Nike, L’Oreal Paris, Chopard dan Tissot. Terbaharu, dia mengumumkan kemunculan jenama gaya hidupnya sendiri yang bakal dilancarkan pada 2022.