Di awal popularitinya, Angelina Jolie berkahwin dengan rakan pelakon Hackers, Jonny Lee Miller pada 1996 sebelum bercerai tiga tahun kemudian. Selepas setahun, dia mendirikan rumah tangga dengan Billy Bob Thornton namun ia hanya bertahan selama tiga tahun. Bintang Eternals itu kemudian menjalin hubungan dengan Brad Pitt pada 2005 dan bergelar suami isteri pada 2014. Mereka bercerai secara rasmi pada 2019.
Foto: Getty Images(2)/Pinterest