Kebolehan selebriti Malaysia bertutur dalam bahasa asing memberikan satu kelebihan, dan kemahiran bertutur lebih dari satu dua bahasa adalah kemahiran yang semua orang inginkan.
Kita hidup berbilang kaum di dalam satu negara dan ini sebenarnya dilihat satu ruang yang baik untuk kita mempelajari dan melatih diri bertutur bahasa lain. Dan kepelbagaian bahasa yang diraikan ini juga membuatkan beberapa selebriti Malaysia memiliki kebolehan untuk bertutur dalam bahasa asing. Kebolehan mereka kerana mempunyai latar belakang keluarga berdarah kacukan atau mempelajarinya atas tuntutan kerja.
Memiliki kebolehan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, seperti bahasa Cina dan Tamil, memberikan kelebihan tersendiri atas kehebatan linguistik seseorang. Oleh itu, EH! Bariskan lima selebriti Malaysia yang mempunyai kebolehan dalam berbahasa asing.
Intai 5 Selebriti Malaysia Fasih Berbahasa Tamil Dan Mandarin:
1. Raja Ilya.
Memiliki rupa paras yang menawan dan kemahiran lakonan yang luar biasa, Raja Ilya dengan mudah menjelmakan pelbagai watak, berkat penguasaan bahasa Tamil yang fasih. Kemasyhuran dan pengiktirafannya meroket selepas lakonannya dalam filem Tamil. Hebatnya, dia fasih dalam empat bahasa lain iaitu Tamil, Hindi, Melayu, dan Inggeris. Walaupun ramai yang mengiktirafnya dalam industri hiburan Tamil tempatan, penglibatannya dalam drama dan telefilem Melayu sama pentingnya, mempamerkan kepelbagaian dan jangkauannya sebagai seorang pelakon.
2. Keith Foo.
Keith Foo, dilahirkan pada 6 Januari 1983 di Gemas, Negeri Sembilan, berasal dari latar belakang keluarga Cina dan India. Setelah mencapai kejayaan dalam industri perfileman Indonesia selama lebih sedekad, Keith Foo kini mengembangkan kerjaya lakonannya di Malaysia. Namanya semakin terkenal setelah membintangi drama tempatan, Ariana Rose. Hebatnya, Keith Foo memiliki anugerah yang jarang berlaku iaitu kepelbagaian linguistik, bercakap dengan fasih dalam tujuh bahasa. Mungkin kerana mempunyai kacukan Cina dan India, Keith Foo telah memperoleh kefasihan dalam pelbagai bahasa yang mengagumkan, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hainan, Kantonis dan Tamil.
3. Shila Amzah.
Umum mengetahui bahawa penyanyi terkenal, Shila Amzah, memiliki penguasaan bahasa Mandarin yang luar biasa, maka tidak hairanlah dia telah menceburkan diri ke alam muzik yang tersohor di hamparan luas China. Shila Amzah, yang telah mengharumkan nama beliau ke pelosok negara melalui himpunan melodi yang memikat, sudah pasti telah membangkitkan hati ramai peminat setia. Pendedahan kehebatan berbahasa Shila telah membuatkan peminat terpegun, apabila dia dengan rendah hati berkongsi keupayaan luar biasa untuk memikat penonton dengan kebolehan menyanyi dengan 9 bahasa berbeza. Kebolehan yang dimilikinya benar-benar mempamerkan bakatnya yang tiada tandingannya.
4. Zarina Anjoulie.
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa Zarina Anjoulie, mempunyai darah campurana Melayu, Scotland, dan Iran. Lebih mengejutkan apabila dia juga mempunyai penguasaan mendalam terhadap bahasa Mandarin. Mesra di sapa dengan panggilan Anju, dia lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan. Terbaru, tular video di aplikasi Tik Tok dimana kelihatan Zarina Anjoulie fasih bercakap dalam bahasa Mandarin Bersama seorang hos Shopee live. Peminat meninggalkan komen positif di ruangan komen tersebut memuji kebolehan anju berbahasa mandarin.
5. Sherry Ibrahim
Sherry Ibrahim dilahirkan pada 3 April 1983, dibesarkan di Petaling Jaya dan memegang peranan sebagai anak sulung dari tiga beradik. Walaupun kurang terlihat Sherry menunjukan keupayaan beliau dalam berbahasa asing, siapa sangka pelakon cantik ini sebenarnya memperoleh kefasihan yang luar biasa dalam bahasa Mandarin kerana pernah menuntut di Sekolah jenis kebangsaan Cina. Sebelum memulakan perjalanan beliau sebagai seorang pelakon, Sherry juga pernah menghiasi langit sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Qatar Airways.
Artikel Berkaitan: 7 Selebriti Malaysia Berdarah Kacukan