Keputusan untuk memeluk agama Islam, pasti akan membawa perubahan besar dalam kehidupan sehari-hari seorang mualaf, meskipun mereka yang bergelar selebriti.
Sebagai umat islam kita pasti teruja apabila mendengar berita mengenai individu bukan islam tertarik dan berminat untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Di Malaysia, tidak terkecuali, ramai selebriti yang telah memeluk agama Islam. Kehadiran mereka dalam agama Islam mungkin tidak disedari ramai. Oleh itu, EH! ingin berkongsi lima selebriti wanita di Malaysia yang mungkin anda tidak perasan telah memeluk agama Islam.
Lima Selebriti Wanita Ini Memilih Untuk Memeluk Agama Islam:
1. Puan Sri Tiara Jacquelina
Siapa tidak kenal Puan Sri Tiara Jacquelina, terutamanya semasa dia membintangi filem popular “Puteri Gunung Ledang”. Puan Sri Tiara Jacquelina telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan pengacara terkenal, Allahyarham Hani Mohsin pada tahun 1993. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah pada 16 Februari 1998 dan kemudian, dia berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
2. Marsha Milan
Penyanyi, Marsha Milan telah memeluk Islam sekitar Disember 2015 dan dia kekal menggunakan nama sebenarnya iaitu, Marsha Milan. Setahun selepas memeluk Islam, Marsha berkahwin dengan Shaiful Nizam, seorang jejaka Melayu yang berasal dari Pulau Pinang.
3. Amelia Henderson
Amelia Henderson, nama yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan Malaysia, telah mencipta namanya dalam dunia seni lakonan dan peragaan. Dia memeluk Islam dan menukar nama kepada Putri Noor Amelia Thripura Henderson Binti Abdullah selepas berkahwin pada 14 Ogos 2015 dengan seorang kerabat diraja. Namun, perkahwinan mereka berakhir pada sekitar 2018.
4. Stacy
Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam telah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor. Stacy mengakui suaminya, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam. Cara pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam cukup santai dan tidak terlalu berat, membuat hatinya terbuka untuk memeluk agama islam.
5. Daphne Iking
Daphne Iking, seorang pengacara dan pelakon terkenal yang berasal dari Keningau, Sabah, telah memeluk Islam pada tahun 2010 dan memilih nama Dahlia Eleanor Iking sebagai nama islamnya. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Azmi Abdul Raman 8 Januari 2011 di sebuah majlis tertutup.
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Hollywood Popular Yang Sebenarnya Beragama Islam