Tidak semua dianugerahkan bakat melukis, namun ada beberapa orang yang mempunyai bakat khusus di bidang tersebut termasuklah selebriti tanah air.
Melukis merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan yang sememangnya gemar dilakukan oleh sesetengah orang. Akan tetapi, tidak semua orang dianugerahkan bakat melukis, namun ada beberapa orang yang mempunyai bakat khusus di bidang tersebut. Darah seni yang mengalir di badan pasti tidak hairan jika selebriti terkenal tanah air kita juga tidak terkecuali turut menikmati bakat dalam bidang tersebut dan meluangkan masa untuknya, walaupun sibuk dengan kerjaya tersendiri.
Mari EH! kongsikan 5 Selebriti Wanita Yang Mempunyai Bakat Melukis;
1. Tiz Zaqyah.
Umum sudah mengetahui bahawa pelakon Tiz Zaqyah ini sememangnya mempunyai bakat melukis. Beliau juga dilihat sering berkongsi lukisannya di media sosial Instagram. Pernah berhenti seketika kerana sibuk dengan kerjaya lakonannya. Beliau berkata, apabila tidak melukis untuk masa yang lama, dia berasa sedih dan tidak bermotivasi. Tetapi apabila mula melukis semula, ia membuatkan beliau berasa gembira dan teruja. Ia seperti terapi untuknya dan ia memberinya banyak ketenanga. Buat masa ini, Tiz sedang berusaha untuk membuat lebih banyak koleksi lukisannya. Dia mahu menjualnya kepada orang ramai dan membuat wang daripada bakatnya. Dia sedar bahawa dia sepatutnya menggunakan kemahiran melukisnya untuk menjana wang selama ini. Apabila dia melihat pelukis lain bekerja keras untuk menjual lukisan mereka, dia menyedari bahawa dia boleh melakukan perkara yang sama. Dia juga mahu membuka galeri untuk mempamerkan karya seninya pada masa hadapan.
2. Emma Maembong.
Bakat melukis Emma diwarasi dari ayahnya yang merupakan seorang pelukis ternama bernama Ismail Embong. Emma dan ayahnya sering menghabiskan masa membuat lukisan bersama. Pada tahun 2013, Emma mengikuti pertunjukan seni khusus yang diselenggarakan oleh sebuah organisasi bernama United Women Association. Beliau menunjukkan lukisan abstrak berbentuk seorang wanita. Ramai berpendapat lukisan yang dilukis oleh Emma sebagai artistik dan penuh kontemporari.
3. Anzalna Nasir.
Pelakon dan juga model, Anzalna Nasir juga mempunyai bakat melukis. Sering berkongsi hasil lukisannya di Instagram dengan para peminat, beliau melukis pelbagai bentuk abstrak, bunga, dan bahkan potret penting seperti Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Menurut Anzalna, melukis memerlukan waktu yang sangat lama untuk menyelesaikannya. Anzalna berharap tanda tangan Tun Mahathir pada lukisan itu boleh dijadikan pembakar semangat buat beliau agar terus berbuat lebih banyak kebaikan di kemudian hari. Ramai yang menyukai hasil lukisan yang dilukis oleh Anzalna bahkan ada yang bertanya-tanya adakah beliau akan menjadi seorang pelukis daripada pelakon.
4. Zulin Aziz.
Pengacara dan juga pelakon Zulin Aziz pernah menuai pujian ramai apabila beliau pernah menghasilkan potret terkenal Dato Siti Nurhaliza, Dato Seri Vida dan Erra Fazira. Zulin yang juga dikenali dengan nama sebenar iaitu, Farah Azleenda Abdul Aziz ini gemar berbagi-bagi hobi melukis beliau di Instagram. Potret primadona Malaysia itu terlihat sangat bagus, seperti dibuat oleh seniman profesional. Hal ini mendapat banyak perhatian dari orang ramai, bahkan dari rakan selebriti yang lain juga.
5. Amelia Henderson.
Biarpun melukis bukan minat utamanya, namun sejak arwah bapanya meninggal dunia, Amelia cuba mengikuti jejak langkah bapanya itu. “Saya tidak pernah suka melukis, tetapi selepas ayah saya meninggal, saya mula mencuba untuk belajar. Ayah saya memang pandai melukis kerana dia seorang arkitek.” jelas beliau. “Melihat lukisannya yang hebat memberi inspirasi kepada saya dan kini saya cuba belajar. Saya percaya dengan cara ini saya akan berasa lebih dekat dengannya, walaupun dia sudah tiada. Saya juga suka melukis apabila saya “tertekan”, ia akan membantu saya bertenang.” tambah beliau. Amelia menyiarkan gambar lukisannya di akaun Instagram khas bernama @artmeliath. Beliauberkata dia tidak mahu menjual lukisannya kerana dia rasa dia belum cukup mahir dalam melukis. Dia tahu dia perlu berlatih lebih banyak dan membuat pelbagai jenis lukisan sebelum mempertimbangkan untuk menjualnya.
Artikel Berkaitan: 5 Selebriti Popular Mahir Bertutur Dalam Banyak Bahasa