Bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa asing kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran menguasainya.
Di Malaysia terdapat beberapa selebriti yang berkebolehan bertutur dalam bahasa asing atau digelar poliglot. Shila Amzah dan Yasmin Hani misalnya mahir berbahasa Mandarin, Maya Karin fasih bercakap bahasa Jerman, manakala Raya Ilya boleh bertutur dalam bahasa Tamil.
Di Hollywood, lebih ramai artis yang menguasai pelbagai bahasa. Sesetengahnya adalah kerana latar belakang keluarga, manakala yang lain mempelajarinya atas tuntutan kerja atau minat mendalam. Lebih mengagumkan ada antara mereka yang bukan sekadar fasih dalam dua atau tiga bahasa, tetapi hampir sepuluh!