Na Hui-do dan Back Yi-jin daripada “Twenty Five Twenty One”
Krisis kewangan antara 1997 hingga 1998 memberikan impak kepada ekonomi seluruh dunia, dan ia bukan sahaja memberikan kesan mendalam kepada golongan dewasa tetapi juga kepada generasi muda. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, banyak impian perlu dilupakan dan ramai mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi. Pasukan lawan pedang Na Hui-do (Kim Tae-ri) perlu ditutup kerana mengalami masalah kewangan, Manakala, Baek Yi-jin (Nam Joo-Hyuk) yang merupakan seorang lelaki muda mahu membina semula kehidupannya selepas kewangan keluarganya mengalami masalah. Lantas, persahabatan antara mereka mula berputik menjadi hubungan cinta romantik.
Baca lebih lanjut: West Side Story Akan Debut Di Disney+ Hotstar Bermula 2 Mac