Selebriti Malaysia ini bukan sahaja tuah dalam karier seni mereka, malah turut bertemu pasangan hidup VIP yang memahami dan menyokong karier seni mereka.
Ia sentiasa istimewa untuk mencari cinta dan berkahwin dengan orang idaman anda hingga bertemu jodoh dengan orang ternama. Selebriti Malaysia juga tidak terkecuali dalam memilih dengan siapa mereka mahu berkahwin, sementelah mereka ini juga amat bertuah dalam personaliti, cantik, berbakat dan punyai kerjaya kukuh dan popular.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, semak 7 selebriti Malaysia berkahwin dengan VIP:
1. Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid
Penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Taruddin menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, yang lebih dikenali sebagai Datuk K dengan mengumumkan akan berkahwin dengan tokoh korporat itu pada 21 Ogos 2006. Bahtera mahligai Ogos ini menyaksikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-17, keduanya dikurniakan dua pasang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
2. Elvina Mohamad & Datuk Haniff Borhan
Datin Norzalina “Elvina” Mohamad merupakan seorang pelakon dan model wanita yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Haniff Borhan, yang merupakan seorang usahawan permotoran. Elvina dan suami, Mohd Haniff dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.
3. Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah
Pada 31 Ogos 2014, Eina Azman sah bergelar isteri kepada Kaiser Gurmeet Harden, ahli perniagaan berjaya. Akad yang disempurnakan oleh bapa Eina, Azman Abdullah menyaksikan mas kahwin sebanyak RM770 dan dua kali lafaz nikah. Pada 19 Februari 2016, Eina juga selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga. Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
4. Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi
Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu. Dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran, Heliza pada awalnya mengakui, tidak pernah tertekan saat disoal mengenai jodoh. “Keutamaan saya kepada keluarga dan misi kemanusiaan yang dilakukan dan kini Alhamdulillah saya bertemu jodoh tepat pada waktunya.”
5. Alyah & Datuk Ramli MS
Datin Alyah dan Tok Ram telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2003 yang lalu dalam satu majlis rahsia di Indonesia. Pasangan merpati ini lebih memilih untuk tidak menghebohkan kisah rumah tangga mereka dan perayaan yang dirai daripada awam.
6. Adira Suhaimi & Datuk Red
Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand. Menurut Adira, “Kami mula kenal atas urusan perniagaan. Itu pun baharu dua kali bertemu. Ketika itu, saya tidak tahu statusnya, malah hanya memanggilnya dengan gelaran ‘bro’ kerana dia sangat mesra, seperti kawan yang sudah lama kenal. Namun tidak sangka dia mahu memperisterikan saya selepas pertemuan kedua. Sebelumnya, dia tidak berahsia mengenai isteri dan keluarga. Sifat terbuka ini yang membuatkan saya percaya dia ikhlas.”
7. Intan Najuwa & Datuk Ahmad Asraf Azman
Bertukar status daripada bujang menjadi isteri orang membawa perubahan besar dalam hidup aktres, Datin Intan Najuwa terutama dalam membuat sebarang keputusan. Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada 18 Ogos yang lalu. Pelakon Tak Sempurna Mencintaimu itu menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Angka dua menjadi pilihan sebagai lambang tempoh perkenalan antara mereka.