Menjadi isteri seterusnya bergelar ibu pada usia muda bukanlah satu kebiasaan di Hollywood.
Ramai selebriti Barat memilih untuk mendirikan rumah tangga pada lewat usia, malah ada yang kekal solo hingga ke hujung nyawa. Jadual kerjaya yang padat mungkin menjadi punca situasi ini, atau mungkin mereka tidak mahu kebebasan hidup dibatasi dengan status ‘isteri’.
Bagaimanapun mungkin kerana cinta mendalam, ada yang memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda atau lebih tepat usia remaja. Menurut Statista, remaja di Amerika Syarikat adalah dari lingkungan usia 13 hingga 19 tahun.