2. Kavita Sidhu.
Merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Kavita sidhu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi gelaran pertandingan ratu cantik antarabangsa. Kavita pernah menjadi model untuk Jean-Louis Scherner di Paris dan Escada di Munich. Pada tahun 2009, beliau pernah memodelkan gaun bertatahkan berlian bernilai RM100 juta oleh Mouawad di STYLO Fashion Grand Prix KL. Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem pontianak harum sundal malam, layar lara dan mimpi moon ini juga telah mendalami produksi teater dengan Fat Girl’s Revenge, yang dipentaskan oleh The Actors Studio.