3. Rozita Che Wan.
Rozita binti Abu Bakar atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Rozita Che Wan atau Che Ta, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebelum bergelar pelakon, bekas pramugari dan juga ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan sekaligus mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, Che Ta terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita paling popular.