4. Erra Fazira.
Dikenali sebagai primadona Malaysia, Erra Fazira menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia 1992 selepas berjaya dipujuk oleh ibu saudaranya. Beliau bersaing dengan 13 peserta yang lain dan akhirnya memenangi gelaran Miss Malaysia World 1992. Beliau meneruskan lagi dengan menyertai Miss World 1992, mewakili Malaysia yang diadakan di Sun City, Afrika Selatan. Siapa sangka kemenangan ketika diusia 18 tahun itu membuka ruang untuknya lebih dikenali sebagai seorang pelakon, model, penyanyi dan juga pengaçara TV. Berjaya merangkul pelbagai anugerah dalam bidang peragaan dan juga perfileman, kini, Erra Fazira merupakan salah satu figura hebat di Malaysia.